Assalammualaikum.
Salam Jumaat yang barakah buat semua.
Eh, sekejap jer kan dah nak masuk bulan Disember. Bulan terakhir tahun ni.
Diam tak diam Qekra pun dah nak masuk minggu-minggu terakhir sebelum final exam.
Tahun ni jadual cuti anak-anak dan mama dah lain haha.
Time anak cuti sekolah, mama ada kelas.
Nanti bulan 1 anak dah start sekolah balik baru mama start cuti semester.
Oh, ya kalau dah belajar ni time-time free Qekra lebih banyak spend time dengan family.
Masak, ofkos tu yang utama.
Memasak tu dah macam terapi minda.
Ingat last week lepas abis test terus Qekra pergi HERO beli barang dapur nak masak.
-- ni lepas gian lama tak masak haha. Sambal udang petai, kengsom ikan siakap, sayur campur, ulam-ulam dan buah limau gedang --
Dan sekarang ni tak sempat nak layan drama-drama dah.
Biasa malam busy buat nota, ulangkaji atau siapkan assignment.
Tapi dah kemaruk layan drama online.
Ni feveret drama Qekra sekarang hihi.
Lelaki Kiriman Tuhan. Suka watak Naira lakonan Mira Filzah tu dan Raid lakonan Remy Ishak.
Kalau tak sempat tengok biasa Qekra suruh Abang Adam rekod atau tengok online.
-- ni pun feveret sekejap bila tetiba lecturer buat perangai buat test haha --
Semalam tetiba jer lecturer buat test lab programming Java.
Nasib lah berjaya run program tu.
Balik tu terus carik ais krim MCD sejukkan hati haha.
oh layan movie dengan anak-anak.
Nasib ada Astro Best dan Astro First kan.
Dapat layan cerita best-best.
Semalam movie Paskal dah start kat Astro First.
Semangat budak-budak suruh beli.
Tetiba masing-masing dah bertukar watak Paskal kat rumah hahaha.
Ok, tu jer lah nak tulis dan share.
Ada masa kita sembang lagi hehe.