Assalammualaikum.
Salam Jumaat yang barakah buat semua.
Salam 12 Zulhijjah 1439H.
Hari Raya ke-3 dah harini. Ada yang masih bercuti?
Qekra cuti sehari jer hari Rabu. Semalam dah start kerja balik.
Hari Raya Qurban tahun ni Qekra balik rumah mertua di Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Balik petang Selasa lepas ofis. Nasib boss bagi balik awal pukul 4.
So, takdelah nak meredah jam sangat.
Cuma lokasi wajib di Bukit Putus tu jam sikit sampai Ulu Bendul, lepas tu okay.
Untuk raya haji tahun ni semua pun simple-simple.
Seperti biasa solat sunat Aidiladha di masjid.
Kemudian pergi tengok ibadah korban di masjid kampung.
Banyak jugak lembu korban tahun ni 7 ekor dan 3 ekor kambing.
Mak mertua, en Ajip dan abang ipar pergi tolong ibadah korban.
Qekra pergi sekejap jer bawak budak-budak, lepas tu balik rumah.
Petang dah balik semula ke Putrajaya.
Jom layan sikit gambar yang ada hehe.
-- menu wajib raya haji macam biasa ni mak mertua masak. Nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam campur daun puding. Lemang Qekra beli masa on the way balik --
-- tahun ni tak complete gambar raya haji sebab masing-masing dah sibuk tukar baju. ni jer yang ada dengan Zhafran dan anak sedara --
-- bawa Zhafran pergi tengok ibadah korban. cow mama cow. Yelah, dia masih kecil tak faham apa erti korban hehe --
-- ni hidangan semalam kebetulan ada tetamu datang ke rumah. Ada sedikit rendang, nasi impit, kuah kacang. Lepas tu Qekra masak roti prata dan goreng mee camur daging korban (tiada dalam gambar) --
Okay, simple jer kan.
Korang raya korban di mana?