Assalammualaikum semua.
Lamanya Qekra tak update blog.
Bukan apa, banyak pulak kerja bila masuk pertengahan tahun ni.
Jadinya mood nak update blog terbatas sikit.
Oh ya, hujung minggu lepas Qekra tak ke mana pun.
Banyak menghabiskan masa berehat di rumah.
Dan bila di rumah memang aktiviti memasak menjadi perkara utama Qekra hehe.
-- Sarapan pagi nasi goreng dan keropok keping --
Sarapan pagi Qekra masakkan budak-budak nasi goreng simple jer just letak carrot dan telor.
lepas tu makan dengan keropok keping.
sesekali menu macam ni sedap kan.
Lagi-lagi keropok tu sekejap dah abis.
Sementara tunggu nak makan tengah hari anak-anak request nak tengok movie Lego tak ingat apa tajuk dia.
Qekra kata ok boleh tapi kena siapkan homework.
So, bila Abang Adam dah siap homework baru boleh bagi reward tengok movie di Astro First.
-- tengok movie berdua sambil mama masak kat dapur --
Ok, tengah haritu en Ajip kata nak beli Gulai Itik Salai Masthar di Bangi Food Valet.
So senang kerja mama tengah hari tu just bakar ikan keli jer dalam pemanggang ajaib.
-- Gulai itik salai, rendang itik, keli bakar, ulam-ulaman, telor masin dan tempoyak colek --
Petang pulak tetiba mama mood terajin nak buat menu minum petang.
Terus masak Cucur Jagung sebab ada lebih jagung dalam peti ais.
-- cucur jagung cicah sos tomato, sedapnya makan petang waktu hujan kan hehe --
Petang lepas minum petang hasben bawak anak-anak naik motor.
Qekra melayan TV kat rumah.
Kasi chance mama rehat sekejap me time tengok tv takde siapa nak kacau hehe.
Begitulah rutin hari Ahad semalam.
korang plan buat apa pulak?